Rabu, 30 Oktober 2019

Kaedah Mengira Tarikh Jangkaan Bersalin

Buletinnusa

Kaedah Mengira Tarikh Jangkaan Bersalin
(Estimated Due Date - EDD)
.
Untuk mengira tarikh jangkaan bersalin (EDD)
anda perlu mengetahui tarikh hari pertama
anda datang haid buat kali terakhir (Last
Menstrual Period- LMP).
.
Anda perlu tambah tujuh hari kepada tarikh ini, ditolak 3 bulan, dan tambah 1 tahun untuk tarikh tersebut.
.
Contoh
.
Hari pertama LMP anda ialah pada 1 Oktober 2013. Maka, pengiraaan tarikh jangkaan bersalin
anda ialah,
.
Last Menstrual Period (LMP) = 1 Oktober 2019
.
Hari : Tambah 7 hari kepada tarikh LMP
(1 + 7 hari = 8)
.
Bulan : Tolak 3 bulan daripada tarikh LMP
(10 - 3 bulan = 7)
.
Tahun : Tambah 1 tahun kepada tarikh LMP
(2019 + 1 tahun = 2020)
.
Tarikh Jangkaan Bersalin = 8 Julai 2020
.
Perkiraan ini sesuai untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur dan mempunyai kitaran sebanyak 28 hari.
.
Sekiranya anda memerlukan kepastian bolehlah berjumpa dengan doktor untuk menggunakan alat ultrasound yang dapat mengukur saiz kandungan dan menentukan tarikh jangkaan bersalin dengan lebih tepat.
.
Mama digalakkan untuk menanda tarikh datang
haid di kalendar supaya mudah untuk mengetahui hari terakhir datang haid.
.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar